Sunday, December 10, 2006

kejahilan....

“Imam, saya ada nak bertanya sedikit ni”, Osman, seorang lelaki Libya menahan saya selepas kami bersolat Asar di masjid.

“Silakan. Apa halnya?”, saya berhenti di hujung tangga.

”Cuba tengok al-Quran ni. Saya rasa ini naskhah sesat!”, katanya sambil menunjukkan kepada saya senaskhah al-Quran terjemahan.

”Kamu biar betul, Osman. Bukankah ini terjemahan al-Quran oleh Marmaduke William Pickthall. Di mana sesatnya terjemahan Quran ini?”, saya terkejut dengan dakwaan Osman.

”Mari sini, cuba tengok ni. Setiap satu muka ada nama Muhammad. Lebih banyak dari nama Allah. Ini cara Bible. Sesat…”, kata Osman sambil jarinya menyelak lembaran demi lembaran.

Brother, awak nampak tak perkataan Muhammad tu ditulis bagaimana?”, saya bertanya.
”Kenapa?”, beliau bertanya kepada saya semula.

”Perkataan Muhammad itu ditulis di dalam kurungan. Awak faham tak apa maksudnya?”, saya bertanya lagi.

”Apa maknanya?”, Osman seperti kehairanan.

Saya menyuruh Osman membuka terjemahan al-Ahzab ayat 40.
Muhammad is not the father of any man among you, but he is the messenger of Allah and the Seal of the Prophets; and Allah is ever Aware of all things.
“Perkataan Muhammad di dalam ayat ini ada kurungan atau tidak?”, saya menyoal beliau lagi.
“Tidak ada”, jawab Osman ringkas.

”Apabila perkataan Muhammad ditulis di dalam kurungan, maknanya perkataan itu adalah dari tafsiran penterjemaah, bukannya dari al-Quran sendiri. Contohnya, apabila Allah menyebut: Katakanlah: Dialah Allah Tuhan yang Esa, orang akan tertanya-tanya, perintah itu menyuruh siapa yang berkata? Maka penterjemah menulis: Katakanlah (wahai Muhammad). Maknanya, dalam al-Quran perkataan Muhammad hanya disebut tiga empat kali sahaja. Cuma dalam terjemahan yang banyak, sebab nak jelaskan maksud ayat”, saya menyambung penjelasan.

”Ah, apa bezanya. Kalau isteri saya yang baru masuk Islam baca terjemahan, dia akan kata al-Quran sama sahaja macam Bible. Penuh nama Muhammad. Menyembah Muhammad! Peduli apa kurungan atau tiada kurungan”, Osman berdegil dengan pandangannya.


wuu.. best bc nih... nak bc sambunganyye? aku taleh amik sume sbb ni hak org.. buakk ni k? klik sini

No comments: