Monday, December 18, 2006

How do u convert to ISLAM?

best tau.. tgk ni... lawak + sempoi!!


dekat jauh


Roh kita asalnya dekat dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa dekat dengan Allah..

kata2 yg aku dpt dy friendster. bgs analoginya. dpt buat aku fhm hakikat..

Sunday, December 10, 2006

Cintailah cinta

assalamualaikum... ~_~ tajuk ni sgt kena dgn aku.. bedebum bedebang kena kat btng hidung sendri. ~~ and aku percaya juga untuk kwn2 sume yg ada kat peringkat remaja nieh..
jom baca.. mari kita mengingati diri kita sendri..~ wallahualam.


Cintailah Cinta..~

-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol
pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa
sahaja..tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..Jagalah pintu
itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-

Buat adik2 dan sahabat2 tersayang...
Cinta..
ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri...
ya memang susah nak membuang cinta..
sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali cuba cubautk orang2 yang Allah berikan kekuatan.
.sebab syaitan akan sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu danuntuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..
Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) :
Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka
menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat
cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah..
dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..
-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macamkita menyintai Allah...
Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya?
Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...
bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..
astaghfirullah

Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat
.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,
Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman..
lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..
selama dia buat baik...
Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..
dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31

kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...
Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...
mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..
mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..
kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka,
bawa mereka utk kenal Allah..
kenal cinta Allah..
kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara.

jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu,
kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..
dan itulah mengatasisegala2nya..( Al-Anfal:2)

SAYANG...
jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa dipadang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...
jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat..

.Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..> akan mengeffect anak2 kita...> cucu cicit kite...> dan keturunan2 kita...
.Wal iyazubillah....

Bukan takde cara nak approach teman hidup..
jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang
jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan
(sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik)
itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang
jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan
pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"


Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?
Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..
Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite,
,maksiat berlaku di depan mata merata2..
.kehendak hati sentiasa bergelojak...

kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak
mampu...berpuasalah...


kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...
Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201)

sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali...

.Marilah sama2 kite menjaga hati kite...

Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...

Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..

Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....

tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 dan adik2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...Sahabat2 dan Adik2 sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3) jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa...Insan yg kerdil..-Kak Muharikah

Tatau sapekah gerangan Kak Muharikah nie..

kejahilan....

“Imam, saya ada nak bertanya sedikit ni”, Osman, seorang lelaki Libya menahan saya selepas kami bersolat Asar di masjid.

“Silakan. Apa halnya?”, saya berhenti di hujung tangga.

”Cuba tengok al-Quran ni. Saya rasa ini naskhah sesat!”, katanya sambil menunjukkan kepada saya senaskhah al-Quran terjemahan.

”Kamu biar betul, Osman. Bukankah ini terjemahan al-Quran oleh Marmaduke William Pickthall. Di mana sesatnya terjemahan Quran ini?”, saya terkejut dengan dakwaan Osman.

”Mari sini, cuba tengok ni. Setiap satu muka ada nama Muhammad. Lebih banyak dari nama Allah. Ini cara Bible. Sesat…”, kata Osman sambil jarinya menyelak lembaran demi lembaran.

Brother, awak nampak tak perkataan Muhammad tu ditulis bagaimana?”, saya bertanya.
”Kenapa?”, beliau bertanya kepada saya semula.

”Perkataan Muhammad itu ditulis di dalam kurungan. Awak faham tak apa maksudnya?”, saya bertanya lagi.

”Apa maknanya?”, Osman seperti kehairanan.

Saya menyuruh Osman membuka terjemahan al-Ahzab ayat 40.
Muhammad is not the father of any man among you, but he is the messenger of Allah and the Seal of the Prophets; and Allah is ever Aware of all things.
“Perkataan Muhammad di dalam ayat ini ada kurungan atau tidak?”, saya menyoal beliau lagi.
“Tidak ada”, jawab Osman ringkas.

”Apabila perkataan Muhammad ditulis di dalam kurungan, maknanya perkataan itu adalah dari tafsiran penterjemaah, bukannya dari al-Quran sendiri. Contohnya, apabila Allah menyebut: Katakanlah: Dialah Allah Tuhan yang Esa, orang akan tertanya-tanya, perintah itu menyuruh siapa yang berkata? Maka penterjemah menulis: Katakanlah (wahai Muhammad). Maknanya, dalam al-Quran perkataan Muhammad hanya disebut tiga empat kali sahaja. Cuma dalam terjemahan yang banyak, sebab nak jelaskan maksud ayat”, saya menyambung penjelasan.

”Ah, apa bezanya. Kalau isteri saya yang baru masuk Islam baca terjemahan, dia akan kata al-Quran sama sahaja macam Bible. Penuh nama Muhammad. Menyembah Muhammad! Peduli apa kurungan atau tiada kurungan”, Osman berdegil dengan pandangannya.


wuu.. best bc nih... nak bc sambunganyye? aku taleh amik sume sbb ni hak org.. buakk ni k? klik sini

Friday, December 8, 2006

i kecik I besar

ni aku amik from blog kak mai... halal ye kak mai! :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


arini dlm usrah ada bincang psl i kecik n I besar. already heard bout it? well, before dat, let us find the difference between "saya makan" ngan "saya Makan". senang je kn?


  • saya makan = kata kerja yg menunjukkan kita makan.
  • saya Makan = kata nama yg menunjukkan nama saya Makan.

so, ape lak beza antara "saya islam" ngan "saya Islam"? mmg susah memula utk distinguer la différence. tp senarnye, klu kita wat analogi ngn cth kt atas tu,

  • saya islam = kata kerja yg menunjukkan kita melakukan segala yg disuruh dlm islam, dan meninggalkan segala yg dilarang.
  • saya Islam = kata nama yg menunjukkan kita islam hanya pada nama je.

so, kita termasuk dlm golongan yg mana? i kecik or I besar? sama2la kita fikirkan..

Thursday, December 7, 2006

my veil, my dignity.




(klik nak tgk besar punye)